Saturday, December 17, 2011

Saturday, November 26, 2011

UPSR 2011

Tahniah kepada semua murid SKGT yang berjaya dalam UPSR yang lalu.
           Tahniah ducapkan kepada Nabil Amin bin Mohamed Yusof kerana mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan. 3 murid mendapat 4A1B, tahniah juga diucapkan. Kepada semua guru Tahun enam TAHNIAH diucapkan kepada anda semua. InsyaAllah tahun 2012 kita buat yang lebih baik.


Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

            Alhamdulillah. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 November 2011 yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Anuar bin Mahat, mantan Penyelia Pembangunan PPD Hulu Selangor.

Tokoh Murid 2011 : Zairy Asnizam Zainuddin
Tokoh Ko-Kurikulum : Nabil Amin Mohamed Yusof
Anugerah Khas Olahraga : Hairul Azwar

Kawalan Kehormat Unit Beruniform


Persembahan Pra Sekolah

Persembahan Murid Tahun satu




Persembahan Murid Tahun Empat
Persembahan Murid Tahun Lima

Persembahan Murid Tahun Lima
Persembahan Murid Tahun Enam

Antara guru yang terlibat
 

Thursday, November 10, 2011

Jamuan Akhir Tahun BKGK 2011

              AlhamdulilLah. Bermula jam 7.30 mlm tadi telah berlangsung majlis makan malam akhir tahun Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) SKGT 2011. Majlis telah berlangsung di Medan Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.
             Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang tahun ini kepada BKGK kita. Juga kepada jawatankuasa majlis yang berlangsung pada malam ini, yang berusaha menjayakan majlis ini, terima kasih diucapkan.

Wednesday, November 9, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

           Setelah berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh maka tibalah masanya semua itu dinilai dan dihargai. Hari Anugerah Kecemerlangan SKGT 2011 akan muncul dan semua murid yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun akan mendapat pengiktirafan.
      Maklumat tentang Hari Anugerah adalah seperti berikut :
                   
                     Tarikh : 17 November 2011
                   Hari   : Khamis

Kepada bekas pelajar dan sesiapa yang ingin menyumbang samada wang atau barangan bagi memeriahkan hari anugarah nanti boleh menghubungi pihak sekolah di nombor 05-4543326. Sumbangan anda dialu-alukan dan amatlah dihargai.


Sunday, October 30, 2011

Perkhemahan SKGT 2011 berjaya.

                 AlhamdulilLah, perkhemahan sekolah pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Berkat kerjasama dan dedikasi antara guru dan murid akhirnya semua aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan. Bermula dengan  mendirikan khemah, memasak, malam kebudayaan, solat berjemaah, mendaki Bukit Taman dan pertandingan kawad semuanya mendapat kerjasama yang baik dari semua.
 
 
 

 

 


SKGT dari puncak Bukit Taman

 

 

 

 



Naib Johan Kawad dan Ketua perbarisan terbaik.

Johan Pertandingan kawad