Wednesday, March 23, 2011

SKGT gagal ke separuh akhir.




SKGT gagal melangkah ke separuh akhir apabila kalah kepada SK Taman Bunga Raya 1, 1 - 3. Walau apa pun TAHNIAH diucapkan kepada pasukan SKGT kerana telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga membawa ke permainan masa tambahan. Syabas diucapkan kerana berjaya memberikan saingan yang sengit dalam perlawanan pagi tadi.
InsyaAllah tahun hadapan kita cuba lagi.
Sebagai penghargaan pasukan telah dibawa untuk menjamu selera di KFC Tanjung Malim.

Tahniah pasukan bola sepak SKGT




Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKGT kerana layak ke suku akhir pada 23 Mac 2011 di SK KKB. Pasukan telah berjaya mengalahkan SK Bdr Baru Batang Kali, 6 - 0. Pasukan akan bertemu SK Tmn Bunga Raya 1 dalam suku akhir esok. video

Monday, March 14, 2011

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi kemasukan tahun 2012 & 2013

Assalamualaikum...

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi kemasukan tahun 2012 & 2013 untuk negeri Selangor telah dibuka mulai 1 Mac 2011 hingga 30 April 2011. Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2005 dan 2006 boleh mendaftar anak anda sekarang di laman http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/ . Daftar sebelum terlambat.

Selamat Bercuti

Assalamualaikum...

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga pendidik dan murid-murid terutama di SKGT. Buat murid SKGT cuti sekolah jangan lupa baca buku dan ulangkaji pelajaran. Buat semua sekali lagi selamat bercuti. Bagi yang balik ke kampung, berhati hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Thursday, March 10, 2011

Perlawanan Bola Sepak MSSM Daerah Hulu Selangor





Perlawanan Bola Sepak MSSM Daerah Hulu Selangor telah berlangsung pada hari ini 10 Mac 2011. Perlawanan berlangsung di SK Ulu Yam Bharu. SK Gesir Tengah telah berjaya ke peringkat seterusnya setelah menang dengan SK Sg Buaya dan kalah dengan SK Antara Gapi (0-1).

Majlis Perpisahan Cikgu Saifullizan






Majlis makan tengahari di Proton City sempena majlis perpisahan Cikgu Saiful yang berpindah ke SJK(T) Ldg Escott. Selamat berjaya dan success di sekolah baru.
"Pucuk pauh delima batu, anak semilang di tapak tangan;
Walau pindah ke sekolah baru, sekolah lama dilupa jangan."

Saturday, March 5, 2011

Bola sepak persahabatan















Perlawanan antara SK Gesir Tengah melawan SK Kg. Soeharto. Keputusan SKGT (4) SKKS (4). Tahniah SK Gesir Tengah.

Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul












Acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul. Perarakan, Pertandingan Mewarna, menulis khat, ceramah dan deklamasi sajak.

Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H







Pertandingan Nasyid sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H.