Saturday, April 16, 2011

Pertandingan Sepak Takraw MSS Daerah Hulu Selangor

Pertandingan sepak takraw (sekolah rendah) akan diadakan pada 19 April 2011 (Selasa) di Gelanggang Sepak Takraw Gesir Tengah. Selamat berjuang buat pasukan SKGT. Didoakan agar mampu beroleh kejayaan dalam setiap perlawanan.

Saturday, April 9, 2011

Gotong royong bangunan baharu







Satu gotong royong telah diadakan petang tadi (sabtu) bagi mengangkat kerusi dan meja murid ke bilik kelas yang baharu. Gotong royong telah melibatkan ibu bapa murid SKGT. AlhamdulilLah ramai yang menyertainya.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga.

Thursday, April 7, 2011

Penyerahan Bangunan







Majlis penyerahan bangunan baharu dari JKR telah berlangsung pada petang tadi (Rabu 6/4/2011). Majlis yang ringkas ini telah dihadiri oleh pihak JKR, Kontraktor, PPD Hulu Selangor dan Guru Besar SKGT.