Sunday, October 30, 2011

Perkhemahan SKGT 2011 berjaya.

                 AlhamdulilLah, perkhemahan sekolah pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Berkat kerjasama dan dedikasi antara guru dan murid akhirnya semua aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan. Bermula dengan  mendirikan khemah, memasak, malam kebudayaan, solat berjemaah, mendaki Bukit Taman dan pertandingan kawad semuanya mendapat kerjasama yang baik dari semua.
 
 
 

 

 


SKGT dari puncak Bukit Taman

 

 

 

 



Naib Johan Kawad dan Ketua perbarisan terbaik.

Johan Pertandingan kawad


Monday, October 24, 2011

Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

        Majlis akan berlangsung pada 27 Oktober 2011. Antara acara yang akan dipertandingkan ialah

1- Pertandingan mengeja perkataan (Tahun satu)
2- Pertandingan Tulisan Cantik ( Tahun dua)
3- Kuiz Antonim/sinonim (Tahun tiga)
4- Kuiz Peribahasa/Simpulan bahasa
5- Pertandingan membaca petikan laras berita (Tahun lima)
6- Pertandingan mencipta pantun (Tahun enam)

Peringkat saringan akan diadakan dikelas masing-masing oleh guru Bahasa Malaysia. Diharap program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Friday, October 21, 2011

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011

                Satu perkhemahan unit beruniform akan diadakan pada 28 hingga 29 Oktober 2011. Semua unit beruniform akan mengambil bahagian. TKRS, PPI dan Pengakap dengan kekuatan dijangka lebih 90 murid akan menyertai perkhemahan pada kali ini.
                Sehubungan itu, jika ada yang ingin menyumbang untuk perkhemahan kali ini boleh menghubungi pihak sekolah (05-4543326). Sumbangan anda amat dihargai.

Tuesday, October 11, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

                     Peperiksaan akhir tahun untuk tahun 1 hingga 6 akan dijalankan pada minggu hadapan bermula 17 hingga 21 Oktober 2011. Semua murid diharap bersedia dan melakukan ulangkaji dengan secukupnya. Sama-sama kita berdoa agar semua murid berada dalam keadaan sihat dan dapat menjawab dengan baik.

                                  SELAMAT MAJU JAYA