Monday, April 30, 2012

Aksi Lompat Jauh Sukantara

Macam-macam ada.....







ATLIT SKGT DIRAIKAN.

           Para atlit SKGT 2012 telah diraikan dalam satu majlis makan. Dalam majlis ini hampir semua atlit yang telah mengambil bahagian dalam acara sepanjang tahun ini sehingga bulan April ini telah diraikan.
          Antara pencapaian terbaik atlit setakat ini ialah
            ==>Pasukan Bola Jaring akan mewakili Daerah,
            ==>Pasukan Bola Baling telah mendapat tempat ketiga (seorang pemain lelaki (Mohd Aliff) terpilih mewakili daerah,
           ==>atlit bola sepak telah mewakili daerah.
           ==> atlit olahraga mewakili Negeri Selangor.

Tahniah diucapkan.

 

Tahniah Atlit Bola Jaring


Bakal mewakili daerah dalam Bola Baling
 

Tahniah buat semua atlit SKGT

Thursday, April 19, 2012

Tahniah Atlit Olahraga SKGT

Tahniah buat pelari SKGT (Hairul Azwar Bin Oudi) yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan olahraga MSS Negeri Selangor yang telah berlangsung di Kuala Selangor. Tahniah diucapkan.

Tahniah Pasukan Bola Jaring SKGT

       Pasukan bola jaring SKGT telah berjaya dalam kejohanan bola jaring peringkat zon pada hari Isnin yang lalu. Seterusnya pasukan akan ke kejohanan bola jaring peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada  semua pemain dan jurulatih.



Latihan Kawad Kebakaran (Fasa 1)

               Pagi tadi (18 April 2012) telah diadakan satu latihan kawad kebakaran yang melibatkan semua murid dan kakitangan sekolah. Terima kasih atas kerjasama semua guru dan kakitangan semasa latihan ini dijalankan.

Monday, April 2, 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA KEBANGSAAN

                   Pada hari Jumaat yang lalu (30 mac 2012) telah berlangsung majlis penutup Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan akhir deklamasi sajak, pertandingan akhir bercerita, pertandingan akhir mengeja perkataan dan pertandingan akhir simpulan bahasa.

                  Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak berjaya InsyaAllah tahun hadapan cuba lagi.