Tuesday, December 17, 2013

TAHNIAH KEPADA PENGARAH PENDIDIKAN SELANGOR

                Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pendidikan Selangor atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' - Sultan Sharafudin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato' sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ke 68 pada 11 Disember 2013 yang lalu.



DATO' HAJI MAHMUD BIN KARIM


Friday, December 13, 2013

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA YANG BARU

TAHNIAH


YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia


Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Monday, November 25, 2013

Misi dan visi baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Visi:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti khususnya buat semua warga SKGT dan semua murid serta guru seluruh Malaysia amnya. 
Tahniah atas pencapaian anda sepanjang tahun 2013.

Monday, November 4, 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

              Pada 01 dan 02 November 2014 telah berlangsung program Perkhemahan Unit Beruniform SKGT 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan perkhemahan pada kali ini. Banyak aktiviti telah dijalankan antaranya membina gajet, malam kebudayaan, ikatan dan simpulan dan pengenalan compass.
             Alhamdulillah setelah 2 tahun murid tidak dapat tidur dalam khemah kerana hujan, perkhemahan pada kali ini murid dapat tidur dalam khemah pada malam dengan selesa. Hujan hanya turun pada petang dan malam cuaca cerah.

             Terima kasih sekali kagi buat semua yang terlibat.








Wednesday, October 9, 2013

KATMO Neg. Selangor Timang-Timang Takraw Berjaya

                    Alhamdulillah acara timang-timang takraw telah dapat diadakan dengan jayanya. Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan acara ini.
               10 daerah dengan 2 pasukan setiap daerah telah berentap dan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah buat semua pemain.
Keputusan akhir acara:
                 Tempat Pertama   : Kuala Selangor B
                 Tempat Kedua      : Sepang A
                 Tempat Ketiga      : Hulu Langat A
                 Tempat Keempat  : Klang A
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Pengelola Acara Timang-Timang Takraw, Encik Mohd Rusli Bin Husin (Guru Besar Sk Gesir Tengah).  Turut hadir dalam majlis penutup ialah Pengerusi Teknikal SPTS, Jabatan Pendidikan Selangor, Enck Mokhtar Bin Mahmud. TAHNIAH buat semua yang terlibat.

   











Disebalik tabir Acara Timang-Timang Takraw

                 

Sunday, September 29, 2013

Kejohanan Timang Takraw KATMO Negeri Selangor 2013

              SK Gesir Tengah akan menjadi tuan rumah acara Timang Takraw Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Peringkat Negeri Selangor. Acara akan berlangsung pada Sabtu (5 Oktober 2013).
          Selamat datang diucapkan kepada semua kontijen yang bakal berentap pada 5 Okt nanti.


Thursday, September 19, 2013

Guru dan Kakitangan SKGT 2013

Pentadbir SK Gesir Tengah



Guru-Guru SK Gesir Tengah














Staf SK Gesir Tengah