Thursday, January 31, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW

                  InsyaAllah pada 31 Januari 2013 akan diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul SAW. Pelbagai acara akan diadakan. Perkembangannya akan menyusul nanti.

Tuesday, January 22, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W.



            Selamat menyambut Maulid Ar-Rasul S.A.W. Moga RasululLah sentiasa dihati, bukan hanya ketika sambutan maulidur rasul tetapi setiap masa dan ketika.





Marilah kita perbanyakkan selawat atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Saturday, January 19, 2013

MERENTAS DESA BERJAYA

                AlhamdulilLah, kejohanan merentas desa SKGT 2013 telah berjaya dilaksanakan. Murid ceria menghabiskan larian pada pagi tadi. Tahniah buat semua pemenang. Pungutan mata tertinggi adalah oleh rumah Merah, diikuti Biru dan Kuning.

Peserta dilepaskan oleh Tuan Guru Besar.



Larian peserta yang ceria.




Garis penamat




Penyampaian hadiah oleh Guru Besar



Juara Merentas Desa


Sekadar tambahan

Peronda kawasan :)



Thursday, January 17, 2013

Merentas Desa SKGT 2013

                Acara merentas desa peringkat SK Gesir Tengah insyaAllah akan berlangsung pada 18 Januari 2013. Semua murid diharap bersedia untuk acara yang akan diadakan esok.

          Buat yang terbaik untuk mata rumah sukan masing-masing.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

                  Pada pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 kepada 153 orang murid SKGT. Majlis telah disempurnakan oleh Dato' Rosni Sohar, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Hulu Selangor mewakili YB Dato' Hj. Mohamed Idris bin Hj. Abu Bakar ADUN Hulu Bernam.



Kaum ibu yang hadir
Kaum bapa yang hadir
 

Ucapan Dato' Rosni


Penyampaian bantuan oleh Dato' Rosni

Ibu bapa berbaris mengambil bantuan RM100 dari guru kelas















Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Friday, January 4, 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

    AlhamdulilLah sesi persekolahan pada hari pertama berjalan dengan lancar. Seramai 24 orang murid Tahun Satu telah melapor diri.
Masih tak benarkan ibu ayah balik.

Cikgu Maimunah meletakkan tanda nama pada murid.

Membeli buku tulis dan latihan

Cikgu Maimunah meletakkan tanda nama pada murid.