Thursday, May 23, 2013

SELAMAT BERCUTI.................

                  Selamat bercuti buat semua warga SK Gesir Tengah. Esok bermulalah cuti pertengahan tahun ( 24 mei - 9 jun 2013). Kepada yang nak balik kampung dan pergi melancung, berhati-hati dijalan raya. Pandu Cermat Jiwa Selamat.

                 Buat warga BKGK yang akan ke Pulau Langkawi, jumpa anda di sanaaaaa.......


                 Sukan Sekolah jangan lupa lepas cuti sekolah nanti (23 Jun 2013, Ahad) InsyaAllah.


SELAMAT BERCUTI

SALAM PERPISAHAN BUAT USTAZAH SITI HAJAR

               Hari ini  adalah hari terakhir buat Ustazah Siti Hajar di SK Gesir Tengah. Salam perpisahan diucapkan, didoakan agar ustazah akan lebih cemerlang dan maju jaya di tempat baru nanti. Ingatlah kami di SK Gesir  Tengah ini.
               Pulau Pandan jauh ke tengah;
                  Gunung Daik bercabang tiga;
                Hancur badan dikandung tanah,
                     Budi baik ustazah dikenang juga.





Tanda ingatan dari para ustazah SKGT
Tanda ingatan dari BKGK


Monday, May 20, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013 MERIAH

              Sambutan Hari Guru 2013 di SK Gesir Tengah pada 16 Mei yang lalu cukup meriah. Acara pagi dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, ucapan Ketua Murid dan diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Ikrar Guru Malaysia oleh semua guru.

            Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan pada tahun ini. SELAMAT HARI GURU.

Ucapan pembukaan



Terima kasih kepada penyumbang kek Hari Guru





Nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu (Najwa Latif) oleh semua murid


Terima kasih muridku.....



Aktiviti gubahan nenas (Cikgu tunjuk bakat)





Penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar


Penyampaian anugerah guru oleh Ketua Murid dan Penolongnya



TAHNIAH semua, InsyaAllah tahun depan jumpa lagi.  

Tuesday, May 14, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KALI KE 42 TAHUN 2013


              Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh istimewa buat semua guru. Tarikh dimana hari guru disambut di seluruh negara. Tahun ini tema sambutan adalah:

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA 
Tahniah dan terima kasih cikgu.

C  - cantik budi pekerti
I    - inovatif praktisnya
K  - kreatif mindanya
G  - garang semangatnya
U  - unggul ilmunya


Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


PEMAIN TAKRAW SK GESIR TENGAH DI MSS SELANGOR.

                  TAHNIAH.... Tahniah buat tiga orang pemain takraw SKGT (Mohd Ariff, Sarzuan dan Mohd Amirul Hakimi) kerana telah terpilih mewakili daerah di Kejohanan Sepak Takraw MSS Selangor yang sedang berlangsung di Kuala Selangor.

Sunday, May 5, 2013

KEM MATEMATIK ZON UTARA, HULU SELANGOR

                 Kem telah berlangsung pada 2 Mei 2013. Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah berjaya melaksanakan kem tersebut.