Wednesday, June 26, 2013

TAKLIMAT i-TRIM (Tuisyen Rakyat 1 Malaysia)

               Satu taklimat penggunaan secara online program i-TRIM telah diadakan kepada murid Tahun 6. Dua orang pegawai dari UniCliq iaitu Encik Zainudin dan Encik Zulkifli telah hadir memberikan taklimat. Terima kasih diucapkan atas taklimat tersebut. Diharap murid dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan.





Tuesday, June 25, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2013 BERJAYA

                AlhamdulilLah sukan tahunan yang telah dijadualkan pada 23 Jun 2013 telah berjalan dengan lancar. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai sukan yang terlibat dan semua yang hadir juga yang mengambil bahagian dalam kejohanan pada tahun ini. Terima kasih juga kepada pihak PIBG yang yang telah mencari dana untuk menjayakan kejohanan ini. TAHNIAH buat semua.

   Berikut adalah senarai pemenang / anugarah 2013:
          1:- Johan Keseluruhan Rumah Sukan   --> Rumah Biru
          2:- Johan Perbarisan                            --> Rumah Kuning
          3:- Olahragawan SKGT 2013              --> Muhammad Zarul Idham Bin Johari  (Rumah Biru)
          4:- Olahragawati SKGT 2013              -->  Nurul Aina Bt Ansah Rizal   (Rumah Biru)
          5:- Johan Tarik Tali                               --> Rumah Biru
          

Johan Keseluruhan Rumah Biru

Olahragawan dan olehragawati bersama GPK Ko-Ko dan S/U Sukan



Johan Perbarisan (Rumah Kuning) dengan tema LEBAH


Rumah Biru dengan tema Rama-Rama

Rumah Merah dengan tema Kumbang

Pra Sekolah
Ikrar Kejohanan diketuai oleh Aidil Aimin bin Redzuan



Acara Sukaneka

Ramai ibu bapa yang datang beri sokongan












Wednesday, June 19, 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK GESIR TENGAH 2013

                       Pada hari Ahad (23 Jun 2013) nanti kejohanan sukan sekolah akan berlangsung. Dijemput semua ibubapa dan penduduk sekitar kawasan Gesir Tengah, Gesir Hulu, Kampung Lalang dan sekitarnya untuk bersama memeriahkan kejohanan sukan pada tahun ini. Disamping itu kehadiran semua akan memberikan semangat kepada murid yang akan bertanding untuk lebih bersemangat.

sumber gambar:- http://teachersyafa.blogspot.com/2012_08_01_archive.html
                

Monday, June 10, 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

            Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SKGT. Khas buat murid tahun 6, sekarang bukan masa untuk main-main lagi. UPSR dah semakin hampir. Buat semua guru Selamat menjalankan tugas, semoga usaha kita akan membuahkan hasil yang baik.

HARI KELUARGA SKGT DI PULAU LANGKAWI

                Tahniah buat ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan (BKGK) kerana telah berjaya mengadakan Program Hari Keluarga pada 4 - 6 Jun 2013 yang lalu di Pulau Langkawi. Kesemua peserta telah menginap di Federal Villa (Holiday Villa Hotel & Resort) yang terletak di Pantai Tengah.

Jamuan Makan Malam di Kuala Melaka Inn, P. Langkawi.







Aktiviti di tepi pantai Federal Villa, Pantai Tengah.




 


Sukaneka

Acara pijak belon


Dua jaguh terbaik



Lontar Kelapa






Sambung tali paling panjang
Kalau kat sekolah roket kertas, kat sini roket daun pulak.






Menara pasir tertinggi



Penyampaian hadiah oleh Cikgu Emir Hamzah Bin Kordi (GPK Pentadbiran)
Johan pijak belon


Sumber gambar adalah dari laman http://muziumkenangan.blogspot.com/