Friday, January 31, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT SK GESIR TENGAH

               AlhamdulilLah, majlis sambutan maulidur Rasul SAW telah berjalan dengan lancar pada pagi tadi (30 Jan 2014). Beberapa acara telah dijalankan. Antara acaranya ialah, pertandingan mewarna, pertandingan kuiz, pertandingan nasyid , ceramah dan perarakan.

            Terima kasih kepada semua yang telah berjaya melaksanakan acara sambutan dengan meriah. Tak lupa kepada penceramah yang didatangkan dari Pusat Tahfiz Mawaddah di Lembah Beringin iaitu Ustaz Muaz Bin Hassan.

Berikut gambar sekitar acara berlangsung :




 


Bacaan Al-Quran oleh Saudara Iskandar dari Pusat Tahfiz Mawaddah, Lembah Beringin.

Ustaz Muaz Bin Hassan dari Pusat TahfizMawaddah, Lembah Beringin


Johan Pertandingan Nasyid (Suara Keinsafan)


Juri Nasyid sedang berbincang

Tahniah buat para pemenang




Tuesday, January 28, 2014

CIKGU AHMAD ZAHARUDDIN BIN AMIN

         
 Tahniah buat Cikgu Ahmad Zaharuddin Bin Amin kerana dinaikkan pangkat seterusnya ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Bermula 27 Januari 2014, tiadalah lagi wajah guru yang telah sekian lama berkhidmat di sekolah ini. Apapun tahniah dan selamat menjalankan tugas di tempat baru.
KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI 
(ungkapan yang selalu digunakan oleh cikgu Ahmad)






Mesyuarat Agung PIBG 2014 & BAYARAN BKAP

         Mesyuarat Agung PIBG sesi 2014 telah berjalan dengan lancar pada 22 Januari 2014. Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Hulu Bernam YB. Datuk Rosni binti Sohar.

           Pada mesyuarat kali ini telah dijalankan pemilihan bagi pimpinan baru PIBG bagi sesi 2014. Berikut adalah senarai ahli jawatan kuasa PIBG SK Gesir Tengah bagi sesi 2014 :

YANG DI PERTUA
MOHD SUPA`AT BIN MOHD KAIMAN  

NAIB YANG DI PERTUA
HALIM BIN AMIRUDDIN 

SETIAUSAHA
BADRULISHAM BIN IBRAHIM 

BENDAHARI
SITI ZUBAIDAH BINTI M YUSOF

AJK IBU BAPA:
1-     MUKHTAR BIN HARUN 
2-     HASHIM BIN ZAMRI 
3-     NORAZURA BINTI ABD RAZAK 
4-     TALIB BIN ALI 
5-     SHAMSIAH BINTI SHAMSUDDIN 

JURU AUDIT
MOHD SALJI BIN HAMZAH 



 


 
YDP SESI 2013

Dari kiri : Guru Besar, NYDP, YDP

Selamat menjalankan tugas kepada semua 
AJK PIBG SK Gesir Tengah sesi 2014.

       Bayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan juga telah disempurnakan oleh YB. Datuk Rosni. Ibu bapa kepada 156 orang murid SKGT telah diserahkan bayaran ini dimana setiap murid mendapat RM100. Semoga wang ini akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kepentingan murid.

 








Monday, January 27, 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014

                   AlhamdililLah pada 21 Januari 2014 yang lalu telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKGT bagi tahun 2014. Acara melibatkan semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM, Balai Felda Gedangsa kerana telah membantu mengawal lalu lintas semasa kejohanan dijalankan.

                  4 orang murid telah terpilih mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah di SMK BBBK. Tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan larian pada hari tersebut.

Wakil SKGT ke peringkat daerah

         Berikut adalah rakaman sekitar kejohanan berlangsung.