Thursday, May 29, 2014

SELAMAT BERCUTI

Cuti bermula 28 Mei hingga 15 Jun 2014.

          Cuti pertengahan tahun telah bermula. Selamat bercuti kepada semua warga SKGT. Buat murid Tahun 6, jangan lupa buat ulangkaji UPSR dah semakin hampir.

       Buka sekolah kita akan ada sukan tahunan sekolah. Diharap semua ahli rumah sukan bersedia.


Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

    Pada 27 Mei 2014 yang lalu Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.

 
 Sampai di masjid negeri sekitar jam 5 pagi.
 

Antara tempat menarik yang dilawati....
 1- Bukit Bendera
 

 

 


 2- Muzium Perang
 

 

 


 3- Rumah P. Ramlee


 4- Taman Rama-Rama
 

 


Solat di Masjid Terapung, Tanjung Bunga.





Bersiar-siar di Padang Kota Lama

Shopping jeruk

Sebelum bertolak balik
Terima kasih semua yang menjayakan lawatan ini.

Sunday, May 18, 2014

SELAMAT HARI GURU KE-43 TAHUN 2014

GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI


Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia, khususnya kepada guru-guru di SK Gesir Tengah.

Sekitar sambutan hari guru.



 
                                     Ucapan perpisahan dari Cg Emir

Datuk Rusni (ADUN H. Bernam) menyerahkan pulut kuning kepada Guru Besar
 Kek-kek yang disumbangkan tahun ini 
 

 

Hasil kreativiti guru (Gubahan buah tembikai)
 

 

Tak dapat pancing ikan, pancing botol pun jadilah.






Monday, May 12, 2014

JAMUAN PERPISAHAN BUAT CIKGU EMIR DAN CIKGU AHMAD

     Majlis telah berlangsung di Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah. Majlis anjuran BKGK telah dihadiri oleh kesemua guru dan kakitangan SKGT. Majlis bertujuan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua yang telah lama berjasa di SKGT. Jawatan PK Pentadbiran di SKGT akan disandang oleh Cikgu Norziah. PK HEM masih kosong (KIV).


Cikgu Emir Hamzah akan memulakan tugas baru di SK Hulu Bernam sebagai PK Pentadbiran bermula 9 Mei 2014.


Cikgu Ahmad telah bertukar ke PPD Hulu Selangor.

Selamat bertugas ditempat baru buat mereka berdua.
Jasamu di SKGT akan tetap dikenang.






Bersama sebahagian dari anak-anak yang hadir



Juru foto bertugas