Monday, July 28, 2014

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN 1435H

 Majlis penutup Ihya Ramadhan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada Jumaat 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435H. Acara dimulai dengan bacaan surah Yaasin dipimpin oleh Us. Khairullah dan seterusnya diikuti oleh acara Pencetus Ummah Junior, Pertandingan Azan dan Kuiz Ramadhan. Disamping itu majlis penyampaian sumbangan untuk anak yatim dan murid miskin juga telah diadakan.



Pencetus Ummah Junior


 

Pertandingan Azan


Penyampaian hadiah



Sesi bermaaf-maafan dan duit raya





Kempen Anti Aedes 2014

Kempen telah di sempurnakan pelancarannya oleh Penolong Kanan HEM, Encik Zulkifli Bin Mat Siron pada 21 Julai 2014.


Dalam majlis itu, Encik Zulkifli telah menerangkan kepentingan kita menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dan mencegah demam denggi.

English Week 2014

Minggu Bahasa Inggeris telah dilancarkan secara rasmi oleh tuan Guru Besar pada 12 Julai 2014.


Antara program yang dijalankan ialah Spelt it Right, Vocabulary contest and colouring contest.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norziah Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran pada 24 Julai 2014.
 



SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1435H

SALAM IDULFITRI DAN SELAMAT BERCUTI
Kepada yang balik kampung berhati-hati dijalan raya.

Wednesday, July 23, 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Bermula 22 hingga 24 Julai 2014, kesemua 39 murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. 

Selamat berjaya diucapkan kepada semua murid Tahun 6 SKGT.



SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (BM, SAINS)

Alhamdulillah, seminar teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia dan sains telah berjaya dilaksanakan.

Seminar untuk Bahasa Malaysia telah dilaksanakan pada hari Jumaat 18 Julai 2014. Penceramah jemputan ialah Cikgu Abdul Rahman Bin Abdullah (Guru Besar SK Tun Razak).

Seminar untuk Sains pula telah dilaksanakan pada hari Sabtu 18 Julai 2014. Penceramah jemputan ialah Cikgu Hanif.




Monday, July 7, 2014

Salam Ramadhan

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dimana sahaja berada, khususnya kepada warga SK Gesir Tengah. RAMADHAN KAREEM.




PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

             Maaf lama tak update. Pada 17 Jun 2014 lalu, SK Gesir Tengah telah mendapat seorang guru JQaf yang baharu, Ustaz Khairullah Bin Anuar. Setelah sekian lama sejak Ustaz Usman berpindah, sekolah tidak mempunyai ustaz. AlhamdulilLah sekarang telah ada seorang ustaz.
Ustaz Khairullah bin Anuar

Dari kanan: Encik Kharol Zamal (PK Koko), Encik Zulkifli Mat Siron (PK HEM)

             Perubahan pimpinan pentadbiran sekolah telah dibuat. Cikgu Razak Ishak telah bertukar ke Sk Sg. Selisek sebagai GPK HEM. Cikgu Norziah sekarang sebagai GPK Pentadbiran. Dua orang GPK yang baharu iaitu Cikgu Zulkifli Bin Siron dari SK Gedangsa telah menjawat GPK HEM dan Cikgu Kharol Zamal bin Husain dari SK Sri Kledang telah menjawat GPK KoKurikulum.
Tahniah kepada semua. Semoga SK Gesir Tengah akan lebih cemerlang dibawah kepimpinan GPK-GPK yang baharu.

Jasamu dikenang