Friday, February 27, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG

               AlhamdulilLah, pada 26 Februari 2015 (Khamis) mesyuarat agung PIBG SK Gesir Tengah telah berjaya dilaksanakan. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Zainal Abidin Bin Hj. Sakom, Pengerusi YBK Selangor.
           Tahniah kepada jawatankuasa PIBG 2015 yang baharu dilantik. Selamat menjalankan tugas. Terima kasih kepada jawatankuasa PIBG sesi 2014.

Berikut adalah senarai Jawatan kuasa PIBG sesi 2015.

YDP :  Pn. Norazura Binti Abd Razak
NYDP : En. Halim Bin Amiruddin
Setiausaha : En. Badrulisham Bin Ibrahim (Guru)
Bendahari : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Yusof (Guru)
AJK
Pn. Norlia Binti Kamasudin
En. Khairul Anuar Bin Amiruddin
Pn. Norhashimah Binti Ismail
En. Shahibul Bahrin Bin Surayaman
Pn. Rozita Binti Hamid



Dato' Zainal di Bilik Guru Besar.




Hadiah cabutan bertuah
 

Dato' menyampaikan sumbangan kepada SKGT



Dato' sedang meyampaikan ucapan perasmian.


Tuesday, February 10, 2015

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD HULU SELANGOR 2015

                    Pagi tadi telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor kategori bawah 12 tahun sekolah rendah. Sebanyak 12 buah sekolah telah mengambil bahagian melibatkan 24 regu.

                SKGT SiJantung Hatiku telah menghantar 2 regu. Regu A SKGT telah berjaya hingga ke suku akhir. Manakala regu B telah kecundang pada pusingan pertama. Apa pun tahniah kepada para pemain dan jurulatih juga pengurus passukan yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejohanan pada hari ini.

SKGT A


SKGT B
Sekitar kejohanan pada hari ini.

 



 

 



SKGT SIJANTUNG HATIKU


Monday, February 2, 2015

GURU PRAKTIKUM KINI KEMBALI

              Tanggal 2 Februari 2015, 4 orang guru praktikum dari IPG Kampus Bahasa Melayu telah melapor diri. Mereka akan melaksanakan praktikum selama 3 bulan di SKGT. Selamat menjalani praktikum diucapkan kepada mereka berempat.






SKGT SIJANTUNG HATIKU

Sunday, February 1, 2015

KHIDMAT BAKTI PESERTA PLKN

           Pada 31 Januari 2015 (Sabtu) seramai 40 orang peserta PLKN dari Kem PLKN Geo Kosmo telah menabur bakti mengecat pagar SKGT. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat juga terima kasih kepada Kem Komandan Geo Kosmo yang membenarkan peserta berbakti di SKGT. Terima kasih semua....










SKGT SIJANTUNG HATIKU

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI 2015

       Majlis Penutup Program Transisi murid Tahun 1 telah disempurnakan oleh Guru Besar SKGT Encik Abdul Rahman Bin Abdullah pada 30 JAnuari 2015 (Jumaat) lalu. Selamat memulakan sesi pembelajaran untuk murid Tahun 1.






SKGT SIJANTUNG HATIKU

MESYUARAT PENYELARASAN SEPAK TAKRAW MSSD

            Pada 28 Januari 2015 (Rabu) satu mesyuarat penyelarasan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor telah diadakan di SKGT. Mesyuarat melibatkan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar SKGT Encik Abdul Rahman Abdullah dan turut disertai oleh Penyelia Sukan PPD Hulu Selangor.



 


SKGT SIJANTUNG HATIKU