Monday, July 27, 2015

GURU PRAKTIKUM 2

     Pada hari Jumaat yang lepas 4 orang guru praktikum dari IPG KBM iaitu Anwar, Faris, Shuhada dan Shahida telah diraikan sempena tamatnya praktikum mereka di SKGT.


      Pada hari ini, 27 Julai 2015 (Isnin), 4 orang guru praktikum yang baharu telah melapor diri untuk sesi praktikum mereka. Mereka ialah
      1 - Umi Saidatul Arryennah bt Madsah
      2 - Ibna Nur Watul Bt. Padli
      3 - Martina Lia Anak Joinis
      4 - Meryl Sehginna Tingadon

Kesemua mereka dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Selamat menjalani praktikum diucapkan kepada mereka.



 

 

Wednesday, July 22, 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

             Setelah seminggu menyambut Syawal maka hari ini sesi persekolahan kembali. Buat semua murid, khususnya di SKGT SiJantung Hatiku, mulakan tekad untuk terus maju dan berjaya bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan hujung tahun nanti.

             Teristimewa kepada murid Tahun 6, UPSR dah tak lama lagi tunjukkan bahawa anda boleh melakukan kejutan dan mencapai keputusan yang terbaik buat diri anda dan SKGT SiJantung Hatiku.

             Khas buat semua guru, selamat kembali bertugas. Teruskan usaha kita untuk mencemerlangkan murid-murid dan SKGT.

SKGT SIJANTUNG HATIKU

Sunday, July 12, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


          Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah. Kami di SKGT memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat salah dan silap. Moga hari raya kali ini akan lebih bermakna buat kita semua.

Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Meriah berkumpul di pagi hari
Tangan menyusun sepuluh jari
Ampun dan maaf mohon diberi.



SKGT SIJANTUNG HATIKU

Saturday, July 11, 2015

PENYAMPAIAN BAJU RAYA DAN PROGRAM RAMADHAN PRASEKOLAH

               10 Julai 2015. Majlis penyampaian baju raya dan hadiah program sepanjang Ramadhan untuk murid prasekolah telah disertai oleh ibubapa. Majlis disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan GPK HEM. Terima kasih kepada guru prasekolah iaitu Cikgu Rosilawati dan Cikgu Aniza atas usaha mereka. Begitu juga terima kasih kepada PPM, Pn. Noraini dan Pn. Nor Afiqq.

 

 

 


Penyampaian baju raya untuk murid pra-sekolah
 

 

 

Hadiah program sepanjang Ramadhan
 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH

            07 Julai 2015.   Satu majlis yang julung kali diadakan di SKGT ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pelbagai juadah berbuka disediakan antaranya laksa johor, nasi, durian, roti jala dan banyak lagi. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf yang menjayakan majlis berbuka puasa pada tahun ini. InsyaAllah tahun depan kita buat lagi.


 Majlis Tahlil dipimpin oleh Us. Khairullah
 



Berbuka puasa



Makan malam yang meriah selepas Maghrib

 

 


Anak-anak yatim dijemput bersama

 Duit raya untuk anak yatim
 


Duit raya untuk anak-anak guru dan staf 



SUMBANGAN DUIT RAYA 1

         03 Julai 2015. Sumbangan duit raya yang telah diamanahkan kepada sekolah telah disampaikan kepada semua murid SKGT. Sumbangan yang bernilai RM10 setiap orang itu telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. Terima kasih diucapkan kepada individu yang telah memberi sumbangan duit raya tersebut, didoakan agar beliau dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam keadaan yang sihat.

Murid yatim terima double

Murid berkumpul untuk memerima duit raya




 


SKGT SIJANTUNG HATIKU