Monday, August 10, 2015

PROGRAM SEMARAK ILMU DI SERI BAYU RESORT, SEPANG.

    Pada 1 Ogos 2015, buat kali pertama murid Tahun 6 SK Gesir Tengah telah dibawa keluar untuk sesi seminar / latihan menjawab UPSR. Program telah berlangsung di Seri Bayu Resort, Bagan Lalang, Sepang. Seramai 23 orang murid Tahun 6 telah ikut serta bersama beberapa orang guru. Program berlangsung selama 2 hari satu malam.
      Tahniah kepada penyelaras Tahun 6, Puan Sharipah Binti Ghazali, kerana telah berjaya merealisasikan program ini. Diharap agar program ini akan memberi motivasi kearah kejayaan UPSR murid SKGT bagi tahun 2015.




Makan malam


Bengkel menjawab soalan




Bersantai di Pantai Bagan Lalang





SKGT SIJANTUNG HATIKU

Saturday, August 1, 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN EIDULFITRI 2015

 

             Pagi tadi (31 Julai 2015) telah diadakan majlis Khatam Al-Quran dan sambutan Hari Raya Eidulfitri 2015. AlhamdulilLah, majlis berjalan dengan lancar dari awal hingga keakhirnya. Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Khairullah Bin Anwar.


Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada murid yang khatam Al-Quran.

 

Selesai majlis khatam Al-Quran, sambutan hari raya dimulakan. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah untuk program sepanjang Ramadhan yang lalu.

 

 

    Seterusnya persembahan murid.

 

Pemenang Glamor Ria Raya
Jamuan murid dan guru
Beratur ambil ais krim
  


Hidangan untuk guru

 

Selamat Hari Raya

SKGT SIJANTUNG HATIKU