Sejarah Sekolah

             
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN GESIR TENGAH



Terletak dalam daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Nama sekolah ini disesuaikan dengan nama Kampung Gesir Tengah. Dibina dengan kos RM60,000. Telah mula beroperasi pada tahun 1968. Terletak di atas tanah seluas 19071 meter persegi (4 ekar 2 rood), di tanah no. lot 2874, Mukim Hulu Bernam. Sebelum adanya sekolah ini, penduduk kampung menghantar anak mereka bersekolah di sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Sg. Selisek, Hulu Selangor.

Sekolah ini terletak di tepi jalan raya yang terletak di antara pekan Tanjong Malim dengan LKTP Gedangsa dan LKTP Sungai Dusun. Jarak dari pekan Tanjong Malim lebih kurang 17 km. Bekalan air paip telah ada untuk kemudahan murid-murid. Mempunyai seorang tukang kebun sekolah yang telah dilantik pada 1 hb. Februari, 1969.

Mulai 26 hb. Ogos hingga 31 hb Disember, 1968, Cikgu Kasim bin Singah menjadi peneraju sebagai pemangku Guru Besar. Beliau bertukar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek. Setelah itu, bermula dari 1 Januari 1969, Cikgu Abdul Latif bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sabak Bernam, mengambil alih kepimpinan sekolah sebagai Guru Besar.

Blok bangunan pertama-1968

Bangunan Tandas & Kantin

Blok Bangunan ke-2 dibina pada 1978

Pada asalnya, sekolah hanya mempunyai satu blok bangunan, kantin dan tandas. Pada tahun 1978, sebuah lagi bangunan telah dibina atas pertambahan murid. Pada 1999 atas sumbangan YAB Menteri Besar Selangor ketika itu, sebuah lagi bangunan telah dibina menjadikan semuanya tiga blok bangunan. Semua pertambahan kemudahan fizikal adalah atas keperluan pertambahan murid.

Bangunan ke-3, dibina pada tahun 1999

Sehingga tahun 2009, tiga blok bangunan yang sedia ada telah menempatkan bilik-bilik darjah, bilik sains, bilik SPBT, Pusat Sumber dan Bilik Kemahiran Hidup serta sebuah surau. Disamping itu, terdapat juga balai ilmu, pondok pengawal dan sebuah bangunan pra sekolah. Pembinaan bangunan Pra-Sekolah telah siap dibina pada akhir tahun 2007.

Balai Ilmu sumbangan PIBG

Bangunan Pra-Sekolah SKGT

Merentasi arus perkembangan keperluan semasa, pada September 2009 bangunan Blok A, Balai Ilmu dan pondok pengawal yang sedia ada telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baharu. Sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kelas, sebuah bangunan pentadbiran dan pondok pengawal yang baharu telah dibina dengan nilai RM 2.5 juta. Pembinaan ini telah selesai sepenuhnya pada Januari 2011. Pada tanggal 19 Mei 2011 secara rasminya bangunan baharu telah diserahkan kepada pentadbiran sekolah.

Bangunan Blok Pertama di buka dan dirobohkan.





Pembinaan 'Ground Level'




Pembinaan 'Level 1'


Pembinaan 'Level 2'

Bangunan Blok PdP/Kelas siap terbina.

Parkir Pentadbiran

Bangunan Pentadbiran dan Pejabat Sekolah juga siap dibina.


Bilik guru

Sesi Penyerahan Bangunan kepada pihak sekolah