PASUKAN 4X100M SEGEST CEMERLANG DI KEJOHANAN SUKAN SK SG SELISEK
25 April 2026 (Sabtu) – Dua pasukan olahraga Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah telah menyertai Acara Jemputan Kejohanan Sukan SK Sg Selisek bagi acara 4x100 meter lelaki dan perempuan.
Pasukan 4x100 meter perempuan berjaya meraih gelaran Johan, manakala pasukan 4x100 meter lelaki pula memperoleh Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan usaha yang cemerlang.
Keputusan Pertandingan
- 4x100 meter Perempuan – Johan
- 4x100 meter Lelaki – Naib Johan
Peserta Lelaki
- Muhammad Aqil bin Ansah Rizal
- Amir Saifullah bin Mohd Yusman
- Muhammad Ammar Rayyan bin Hafizzie Zul Hairy
- Muhammad Zikir Rahmat bin Mohd Mazri
Peserta Perempuan
- Nur Aisyah binti Muhammad Yusuf
- Nur Syazwani Inani binti Khalid
- Putri Aishah Safiya binti Ahmad Rosli
- Areefah Asma Hannan binti Ariffin
Jurulatih pasukan ialah Cikgu Mohamad Izzat bin Marzuki.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet serta jurulatih yang telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Tags
Acara Jemputan