PERTANDINGAN MAHRAJAN AL-QURAN DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQKSS)
TAHUN 2026
Pada 8 April 2026, seramai enam orang murid SK Gesir Tengah telah menyertai Pertandingan Mahrajan Al-Quran dan Khat Sekolah-Sekolah (MQKSS) Tahun 2026 yang berlangsung di SK Serendah.
Penyertaan murid melibatkan kategori Khat, Hafazan dan Tilawah Al-Quran. Para peserta telah diiringi dan dibawa oleh dua orang guru pengiring iaitu Ustazah Mahfuzah binti Mahmud dan Ustazah Nur Ili 'Aisyah binti Abd Rashid.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Tags
MQKSS