🌟 EXPLORACE BAHASA 🌟
26 Ogos 2026 (Rabu) | 2.30 – 4.30 petang
Sempena Minggu Bahasa, telah berlangsung aktiviti Explorace Bahasa yang melibatkan enam stesen mencabar kemahiran murid dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Aktiviti ini bukan sahaja menguji pengetahuan dan kemahiran berbahasa, malah turut memupuk kerjasama, komunikasi, kepantasan, kreativiti dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.
Antara cabaran yang dilalui ialah Cabaran Ejaan, Exploring the World of IT, تَرْتِيبُ الْجُمَلِ, Peribahasa Pantas, Speed Spelling Challenge dan إِمْلَاءِ – Imlak yang dijalankan di enam lokasi sekitar sekolah.
🏆 KEPUTUSAN EXPLORACE BAHASA
🥇 Tempat Pertama – Kelab Pencegahan Jenayah
🥈 Tempat Kedua – Persatuan Bahasa Melayu
🥉 Tempat Ketiga – Kelab Komputer
🏅 Tempat Keempat – Kelab Rukun Negara
🏅 Tempat Kelima – Persatuan Agama Islam
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas usaha, kerjasama dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang aktiviti! 👏🎉
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah turut diberikan kepada Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab atas penganjuran Explorace Bahasa yang berlangsung dengan meriah dan penuh cabaran.
Terima kasih juga kepada Persatuan Bahasa Melayu (Kelab/Persatuan – Unit Kokurikulum) atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan aktiviti ini.
🌈 Bahasa Menyatukan Kita, Explorace Mengukuhkan Kerjasama! 🌈
Tahniah kepada semua yang terlibat! 🎊
