SENAMROBIK CERIA BERSAMA MILO DI SEGEST

 

SENAMROBIK CERIA BERSAMA MILO DI SEGEST

30 September 2026 (Rabu) | 7.40 – 8.10 pagi

Warga Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah telah menyertai aktiviti Senamrobik Ceria Bersama MILO yang berlangsung pada 30 September 2026, bermula pada pukul 7.40 hingga 8.10 pagi.





Aktiviti senamrobik yang penuh bertenaga ini telah dikendalikan oleh murid-murid Tahun 6 dengan penglibatan seluruh warga murid. Suasana pagi diserikan dengan gerakan senamrobik yang menyeronokkan sambil menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid.

Selesai aktiviti senamrobik, murid-murid menerima secawan minuman MILO yang diagihkan mengikut kelas masing-masing. Pastinya, hidangan ini menambahkan lagi keceriaan dan keseronokan pada pagi tersebut!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MILO atas sokongan berterusan terhadap program sekolah serta kesudian mengadakan kunjungan ke SEGEST setiap tahun.

Semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan murid.

SEGEST Cergas, SEGEST Cerdas!






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama