Friday, January 27, 2012

Tahniah kepada pemain Ping Pong SKGT

6 orang pemain ping pong sekolah telah dipilih bagi mewakili daerah Hulu Selangor dalam Kejohanan Ping Pong peringkat negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada pemain dan jurulatih.


MESYUARAT AGUNG PIBG SKGT KALI KE 44

AlhamdulilLah, mesyuarat agung PIBG kali ke 44 telah berjalan dengan lancarnya pada 26 Januari 2012 (Khamis). Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Khairuddin bin Mohamad, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri di JPM.
    Mesyuarat telah memilih Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2012/2013. Berikut adalah AJK yang telah dilantik:


Yang Di Pertua : EN. ABD RAZAK BIN BAKI
Naib Yang Di Pertua : EN. SAMSUDIN BIN ITAM MAT ARAS      
Bendahari : PN. HJH SITI ZUBAIDAH
Setiausaha : EN. AHMAD ZAHARUDDIN
Ahli Jawatankuasa :
IBU BAPA
             -    PN. NOR AZURA
             -    PN. ZOLPHA
             -    PN. MISLIKHA
             -    EN. SAFI’AI
             -    EN. TALIB
    GURU
            -    PN. SHARIPAH
            -    EN. HALIM
            -    EN. NAZROL
            -    EN. SOBRI
            -    PN. NORIMAH

JURU AUDIT
1= PN. MARLIZA
2= PN. NORLIA 

Tahniah kepada yang dilantik dan selamat menjalankan tugas.




Ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Khairuddin bin Mohamad


Thursday, January 26, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44 SKGT

Mesyuarat Agung PIBG KALI KE 44 SKGT akan diadakan seperti maklumat berikut:
            Tarikh : 26 Januari 2012
            Tempat : Dewan Sk Gesir Tengah
            Masa : 2.00 petang

Semua Ibu Bapa dan Penjaga murid di SK Gesir Tengah di jemput hadir.


Friday, January 13, 2012

PERTANDINGAN MERENTAS DESA SKGT 2012

Pagi tadi (12 Januari 2012) telah berlangsung PERTANDINGAN MERENTAS DESA SKGT 2012. Pertandingan melibatkan murid tahap dua. Pertandingan telah memilih wakil sekolah untuk pertandingan peringkat daerah. Tahniah kepada semua pemenang.
Peserta dilepaskan oleh YDP PIBG
 




Para pemenang merentas desa

Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

             Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru tak kira dimana ada berada terutama buat warga Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah. Moga tahun ini kita dapat meneruskan usaha kita kearah yang lebih cemerlang buat sekolah dan yang paling penting diri sendiri. Jangan azam awal tahun saja yang lebih, tapi usaha kurang.
              Tahun ini kita akan bersama pengusaha kantin yang baharu. Harap mereka dapat menyajikan yang terbaik buat warga SKGT. Buat pengusaha yang telah habis kontrak Puan Siti Mone (Kak Nai), terima kasih kami ucapkan atas layanan yang diberikan sepanjang puan di SKGT.
              Murid SKGT 2012, buat yang terbaik untuk sekolah anda.



ILMU SULUH HIDUP