Monday, March 30, 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KE 47 SKGT (SUKAN TAHUNAN)

                AlhamdulilLah, pada 28 Mac 2015 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Balapan Dan Padang SKGT 2015 di padang sekolah.  Program telah bermula seawal 7:45 pagi dan berakhir sekitar jam 12:30 tgh. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosni Binti Sohar ADUN Hulu Bernam.



           Kejohanan kali ini diuji dengan ketiadaan bekalan elektrik pada awal pagi. Tetapi dengan bantuan seorang bapa yang prihatin (Encik Kudus) telah meminjamkan generator elektrik untuk kegunaan kejohanan. Terima kasih diucapkan bagi pihak sekolah kepada encik Kudus.
           Pada tahun ini, Rumah Merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan, diikuti Biru (kedua) dan Kuning (ketiga). Tahniah diucapkan.
 


    Olahragawan dan olahragawati sekolah pada tahun ini di sandang kedua-duanya oleh peserta Rumah Merah iaitu Khairil Irfan Afiq Bin Khairil Faiezi dan Syahieda Adira Binti Suhaili. Tahniah kepada kedua-duanya.


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menjayakan kejohanan pada tahun ini. Kepada yang memberi sumbangan, PIBG, JKKP, ibu bapa, guru, murid dan semua yang terlibat pada tahun ini, jasa dan kerjasama anda hanya Allah yang membalasnya.

Galeri kejohanan..............

 


Ikrar kejohanan oleh Akmal Daniel

 

 

Acara
 

 

Senamrobik
 

Sumber kekuatan

 

 


Cabutan bertuah

Cabutan Smartphone 1

 

 

Cabutan Smartphone 2


Sunday, March 22, 2015

SUKAN TAHUNAN KE-47 TAHUN 2015

               InsyaAllah jika tiada sebarang halangan pada 28 Mac 2015 (Sabtu), SKGT akan mengadakan acara Sukan Tahunan ke-47. Sukan pada tahun ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rusni Binti Sohar ADUN Hulu Bernam.
         Bagi yang berkelapangan  datanglah ke padang SKGT pada hari Sabtu ini bagi memeriahkan lagi acara pada tahun ini.
         Bagi sesiapa yang ingin menyumbang kepada pihak sekolah dalam menjayakan acara tahunan ini boleh menghubungi pihak sekolah 05-4543326.


"SKGT SIJANTUNG HATIKU"

Thursday, March 5, 2015

KURSUS KEPIMPINAN GABUNGAN 3 SEKOLAH

           AlhamdulilLah dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan yang membabitkan 3 sekolah iaitu SK Sri Keledang, SK Gesir Tengah dan SK Sg Selisek. Dengan peserta seramai lebih 150 orang murid, kursus ini telah berjaya dan berjalan dengan sempurna.
          Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor merangkap Timb. Menteri Pendidikan II. Majlis penutupnya pula disempurnakan oleh YB Datuk Hjh Rosni Binti Sohar, ADUN Hulu Bernam.


 


Majlis Penutup bersama Datuk Rosni


 



Monday, March 2, 2015

NAIB JOHAN TAKRAW (B12) NEGERI SELANGOR

           Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw (B12) Hulu Selangor kerana telah berjaya menjadi Naib Johan di kejohanan Sepak Takraw MSS Selangor yang telah diadakan di Sepang. Mohamad Zamarul Haikal murid SKGT adalah salah seorang dari pemain pasukan Hulu Selangor,

         Majlis penyampaian sijil dan pingat telah disampaikan oleh tuan Guru Besar di tapak perhimpunan kepada Zamarul.