Wednesday, March 20, 2013

Friendly Match 3 Penjuru

Satu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Bwh 12 Tahun telah diadakan pada 20 Mac 2013. Perlawanan persahabatan ini disertai pasukan dari SK Gedangsa, SK Gesir Tengah dan SK Sg. Selisek. Program yang diadakan setiap tahun sejak 3 tahun kebelakangan ini diteruskan lagi bagi menyiapkan pasukan Bola Sepak bawah 12 Tahun sekolah masing-masing untuk Kejohanan Bola Sepak bawah 12 Tahun MSSD Hulu Selangor yang akan diadakan pada 8-9 April 2013.

Bagi pihak SK Gesir Tengah dan SK Sg. Selisek, mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah, SK Gedangsa kerana menyediakan padang, air minuman untuk pasukan pelawat. Terima kasih kpd En. Mohd Salleh bin Mislam, SU Sukan SK Gedangsa kerana berpenat lelah menyiapkan padang dan air minuman. Juga kpd Guru Besar dan GPK Kokurikulum SK Gedangsa yg membenarkan padang tersebut diguna pakai untuk perlawanan persahabatan tersebut.

Jutaan terima kasih kpd guru-guru yang ikhlas dan komited yg membantu dalam hal ehwal perjalanan pergi dan pulang untuk perlawanan persahabatan ini. Antaranya guru-guru tersebut ialah: En. Nazrol bin Jamaludin, En. Badrulisham bin Mohd Ibrahim, En. Ahmad Zaharudin bin Amin, En. Sobri bin Che Pak, En.Mohd Uzaini bin Mat Jusoh & En. Razak bin Ishak (GPK Kokurikulum). Semoga Allah jua membalas kebaikan saudara semua. InsyaAllah.









Friday, March 15, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45

            Pada petang tadi telah berlangsung mesyuarat agung PIBG SK Gesir Tengah bagi kali ke 45. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Mesyuarat telah melantik jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2013-2014. Berikut adalah Jawatankuasa yang telah dilantik pada petang tadi:

Yang DiPertua           :   HALIM BIN AMIRUDDIN       

Naib Yang DiPertua  :   MOHD FAZLI BIN MAT ARIP
SETIAUSAHA           : AHMAD ZAHARUDDIN BIN AMIN
BENDAHARI            : SITI ZUBAIDAH BIN MOHAMAD YUSOF

AJK BUKAN GURU
1 – NORAZURA ABDUL RAZAK
2 – ZAINAB OSMAN
3 – NORHASHIMAH
4 – NOR ASNI BT SHAHROM
5 – HASHIM 

Diharap AJK yang telah dilantik ini akan membawa perubahan dan kemajuan yang lebih kepada murid dan sekolah.   TAHNIAH diucapkan.


 

Tuesday, March 5, 2013

Kem Kreatif Pra Sekolah 2013 (26 Feb 2013)

               Kerjasama dua sekolah berjiran SK Gesir Tengah dan SK Sg. Selisek telah berjaya mengadakan program Kem Kreatif 2013 gabungan SKGT dan SKSS untuk murid Pra Sekolah di SK Gesir Tengah.

Tahniah buat guru Pra Sekolah SKGT dan SKSS

  

  

  

  

Perjumpaan ibu bapa Tahun 6 (21 Feb 2013)

                   Perjumpaan antara ibu bapa murid Tahun 6 bersama guru-guru Tahun 6 telah diadakan pada 21 Februari yang lalu. Perjumpaan telah berjaya merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru yang pastinya bermakna terutama dalam meningkatkan prestasi murid Tahun 6 yang bakal menghadapai UPSR di hujung tahun 2013 nanti.

Tahniah dan syabas buat semua ibu bapa yang hadir.

Barisan guru-guru Tahun 6


Ibu bapa yang hadir

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Hulu Selangor

                Selamat berjuang buat peserta dari SK Gesir Tengah dalam kejohanan yang bermula pada hari ini (5 Mac 2013). Nama peserta adalah seperti berikut:


MOHAMAD SHAH INDRAISWANDI B NAZRI
MUHAMAD ZARUL IDHAM B JOHARI
M. ARIF RIDHWAN
MOHD. KHAIRIL IZWAN
NURUL AINA

Selamat berjuang buat atlit SKGT.