Sunday, June 26, 2016

HARI PROFIL 2016

Pada hari Jumaat (24 Jun 2016) telah berpantang Hari Profil 2016. Penyerahan laporan peperiksaan pertengahan tahun 2016 semua murid SKGT kepada ibu bapa. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. 
    Pada masa yang sama telah diadakan perjumpaan Mesra Baris kali ke 3. Perjumpaan ini melibatkan  waris murid Tahun 6 bersama pentadbir dan guru Tahun 6 bagi membincangkan perkembangan akademik anak2 Tahun 6.

Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak menjayakan program pada Jumaat lalu.




SKGT SIJANTUNG HATIKU 

Monday, June 20, 2016

SELAMAT DATANG USTAZAH SUHAILA

                 Pada hari ini 20 Jun 2016, SKGT telah menerima seorang ustazah yang baharu. Ustazah Suhaila binti Komeng akan memulakan tugas di SK Gesir Tengah hari ini. Sebelum ini ustazah telah mengajar di Segamat, Johor.

Selamat datang ke SKGT




SKGT SIJANTUNG HATIKU

Sunday, June 12, 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

         Setelah dua minggu bercuti, esok (13 Jun 2016) sesi persekolahan bagi penggal kedua akan bermula. Selamat meneruskan pengajian buat semua murid dan selamat menjalankan tugas buat semua guru di SKGT.
     Khas buat murid Tahun 6, UPSR dah tak lama lagi. Teruskan perjuangan agar 6A dalam tangan.



                SKGT SIJANTUNG HATIKU

Sunday, June 5, 2016

SALAM RAMADHAN

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA WARGA
SKGT SIJANTUNG HATIKU

RAMADHAN KAREEM



SKGT SIJANTUNG HATIKU