Saturday, January 23, 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKGT 2016

       20 Januari 2016, Rabu, telah berlangsung kejohanan merentas desa peringkat SKGT bagi tahun 2016. Tahniah kepada GPK Kokurikulum dan SU Sukan atas kejayaan melaksanakan kejohanan. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Guru Besar Encik Abdul Rahman Bin Abdullah. Ramai bakat bakat baharu yang dapat dilihat dalam kejohanan kali ini.


Guru Besar melepaskan peserta lelaki sambil diperhatikan oleh GPK Kokurikulum
 

 

Sekitar kawasan penamat
 

 



 





SKGT SIJANTUNG HATIKU

Monday, January 18, 2016

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM

             Hari ini 18 Januari 2016, SKGT telah mendapat 3 orang guru praktikum dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Mereka ialah Cikgu Idrus, Cikgu Azizan dan Cikgu Vinod. Selamat datang ke SKGT semoga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu.

Dari Kiri :Cikgu Idrus, Cikgu Azizan, Cikgu Vinod

SKGT SIJANTUNG HATIKU

Saturday, January 9, 2016

LADAP 1 : VLE FROG

          AlhamdulilLah, LADAP 1/2016 telah berjaya dilaksanakan pada pagi tadi. Pembugaran VLE Frog menjadi topik pada pagi tadi. Team JU VLE Frog Hulu Selangor diketuai oleh Pn. Saemah Mat Sahir telah berjaya mengaktifkan semula pengetahuan tentang VLE Frog guru-guru di SKGT, tahniah semua.
       Walau dengan masalah internet yang mengganggu (sekejap ada, sekejap tiada) namun sebahagian besar objektif LADAP telah berjaya disampaikan dengan baik oleh penceramah dan pasukannya. Semua peserta berpuas hati dengan kursus hari ini. Selepas ini KPI Vle Frog SKGT pasti akan meningkat, InsyaAllah.


 












 

Pasukan JU VLE Frog
Cikgu Saemah, Ustaz Hafiz, Cikgu Khairil Azam dan Cikgu Satria
 


 

SALAM PERPISAHAN BUAT CIKGU ROSILAWATI BT ESHA

      Mulai minggu hadapan, 12 Januari 2016, Cg Rosilawati atau lebih dikenali sebagai Cg Ros akan memulakan tugas baharuny di SK Kerling sebagai GPK Kokurikulum. Tahniah cikgu Ros.
      Guru, staff dan murid akan sentiasa mengingati cikgu Ros. Seorang guru yang tegas tetapi penyayang sentiasa disukai dan disenangi oleh semua murid dan staff.

    Sekali lagi tahniah cikgu Rosilawati.

Majlis perpisahan di Pra Sekolah



Majlis Perpisahan Bersama Murid

 

 


Majlis Makan Malam Perpisahan




SKGT SiJantung Hatiku

Saturday, January 2, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

             Tahun 2016 telah menjelang tiba. 4 Januari 2016 sesi persekolahan akan bermula insyaAllah. Adakah kita telah bersedia untuk satu cabaran yang baru?? Mari kita mulakan langkah tahun 2016 dengan azam agar kejayaan yang lebih cemerlang akan kita capai pada tahun ini.