Tuesday, February 28, 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor 2012

Pada 21 Feb 2012, SK Gesir Tengah telah menjadi tuan rumah buat kali ke2 menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor. Sebanyak 12 sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Bermula dengan sesi pendaftaran pemain dan pengadil pada jam 8.00 pagi, perlawanan pertama bermula jam 8.45 pagi. Pada jam 12.30 tengah hari, YB Dato' Mohd Isa, ADUN Batang Kali turun padang melihat kejohanan yang telah masuk ke peringkat suku akhir. Keputusan perlawanan:
JOHAN             SK Batang Kali A
NAIB JOHAN  SK Bandar Baru Batang Kali A
KETIGA            SK Gesir Tengah A dan SK Ampang Pecah B

Urusetia kejohanan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pasukan sepak takraw sekolah, guru-guru SKGT yang terlibat sebagai AJK, Guru Besar SKGT dan murid-murid Tahap 2 yang menjadi penjaga garisan. Semoga tahun 2013 kita dapat gelaran juara pula...insyaallah. 










Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

    Pagi tadi telah diadakan satu Program Sambutan Maulidur Rasul saw 1433H. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah oleh Us. Zainudin Karima, Pertandingan Mewarna, deklamasi sajak dan persembahan selawat.
    Majlis telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini.

Nasyid 'RAsulullah' oleh murid Tahun 5
 


 

Us Zainudin menyampaikan hadiah kuiz

Team masak bubur sum-sum


Rajinnya


Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna


Persembahan selawat
Persembahan selawat

Antara pemenang acara sambutan

Thursday, February 16, 2012

Guru Pelatih JQAF baharu.

          Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Siti Hajar Bte Abd Muin ke sekolah ini. Tahniah dan selamat menempuh cabaran sebagai seorang pendidik.

Saturday, February 11, 2012

Motivasi Murid Tahun 6 (Siri 1)

               Pada hari Khamis (9 Februari 2012) yang lepas murid Tahun 6 SKGT telah mengikuti satu program motivasi yang telah dijalankan oleh Encik Norselin seorang pensyarah di IPG Melaka.
Pendekatan yang digunakan amat menarik minat murid untuk mengenal diri dan potensi mereka. Tahniah diucapkan kepada Encik Norselin. Diharapkan murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya dalam UPSR nanti.



 

 

Terima Kasih Encik Norselin

Friday, February 3, 2012

Perjumpaan Guru Dengan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Satu perjumpaan bagi membincangkan program dan perkembangan murid Tahun 6 telah diadakan pagi tadi di dewan sekolah. Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan. Sesi perjumpaan telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar. Turut hadir ialah YDP dan NYDP PIBG. Tahniah kepada yang hadir. Semoga pencapaian UPSR sekoalah pada tahun ini akan lebih cemerlang.