Thursday, May 12, 2011

Pertandingan Ping Pong Sempena Hari Guru




Pertandingan telah diadakan pada 11 Mei 2011. Melibatkan dua kategori iaitu guru lelaki dan guru perempuan. Kategori guru lelaki dimenangi oleh Cikgu Ahmad Zaharuddin dan kategori guru perempuan dimenangi oleh Cikgu Saripah.







Selamat Hari Guru


Selamat hari guru buat semua warga pendidik tak kira dimana anda berada. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" itulah tugas kita wahai guru. Buat semua guru sekali lagi, Selamat Menyambut Hari Guru. Hayatilah semua sajak dibawah.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Wednesday, May 4, 2011

Sepak Takraw Daerah Hulu Selangor (Rendah)

Alhamdulillah, ramai sekolah yang menyertai pada tahun 2011. Perjalanan pertandingan berjalan lancar dari pagi hingga ke petang. SKGT A dan B memberi tentangan hebat tetapi cuma SKGT A berjaya ke pusingan kedua di sebelah petang. Namun nasib tidak menyebelahi kita tahun 2011...terkandas di pusingan kedua. Tiga pasukan yang berjaya ialah SK Sg Selisek A (Juara), SK Sg Selisek B (N/Juara) dan SK Batang Kali A dan B (Ketiga). Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Sg Selisek, En Hassin Masiman. Terima kasih kepada Penyelaras Kejohanan En Halim Amiruddin dan semua AJK yang bertungkus-lumus menjalankan tugas dari awal hingga ke akhir pertandingan.