Tuesday, February 28, 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor 2012

Pada 21 Feb 2012, SK Gesir Tengah telah menjadi tuan rumah buat kali ke2 menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor. Sebanyak 12 sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Bermula dengan sesi pendaftaran pemain dan pengadil pada jam 8.00 pagi, perlawanan pertama bermula jam 8.45 pagi. Pada jam 12.30 tengah hari, YB Dato' Mohd Isa, ADUN Batang Kali turun padang melihat kejohanan yang telah masuk ke peringkat suku akhir. Keputusan perlawanan:
JOHAN             SK Batang Kali A
NAIB JOHAN  SK Bandar Baru Batang Kali A
KETIGA            SK Gesir Tengah A dan SK Ampang Pecah B

Urusetia kejohanan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pasukan sepak takraw sekolah, guru-guru SKGT yang terlibat sebagai AJK, Guru Besar SKGT dan murid-murid Tahap 2 yang menjadi penjaga garisan. Semoga tahun 2013 kita dapat gelaran juara pula...insyaallah. 










No comments: