Ceramah Ramadhan oleh YaPIEM












Alhmadulillah syukur kepada-Nya kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat jua Ceramah Ramadhan oleh pihak YaPIEM dilaksanakan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Kamil yang berasal daripada Bagan Datoh, Perak.
Di dalam ceramahnya, beliau mengetengahkan 2 perkara asas di dalam bulan ramadhan ini iaitu membaca Al-Qur'an dan amalan bersedekah. Saya amat tertarik dengan tajuk bersedekah terutama bila dibandingkan amalan bersedekah Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Jauh sekali jika kita nak bandingkan dengan amalan kita sekarang, yang rata-ratanya cintakan dunia dan harta. Terdetik jua di hati ini, dapatkah kita syafa'at Rasulullah kelak di akhirat? Kerana kita mengakui kita umat Rasulullah namun jarang sekali kita mengingati baginda dengan mengamalkan sunnah baginda. Antara Sunnah baginda sehingga di akhir hayat baginda ialah bersedekah. Ada riwayat mengatakan sewaktu di saat sakaratul maut pun Rasulullah meminta anaknya Fatimah R.A menyeluk kocek di bajunya utk diambil 3 dinar yang ada untuk disedekahkan kepada fair miskin. Seorang pemimpin kerajaan dan pemimpin ummat yang kaya raya sentiasa hidup dalam kesederhanaan kerana seluruh kekayaan yang baginda ada telah diinfaqkan untuk ummah baginda. Betapa mulianya Rasulullah.
Marilah kita cuba berinfaq walaupun sedikit, moga-moga dengan amalan itu jika kita ikhlas mendapat ganjarandi sisi Allah dan semoga juga dengan amalan itu kit dikenali Rasulullah sebagai ummat baginda di padang mahsyar kelak. Amin.

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama