PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

             Maaf lama tak update. Pada 17 Jun 2014 lalu, SK Gesir Tengah telah mendapat seorang guru JQaf yang baharu, Ustaz Khairullah Bin Anuar. Setelah sekian lama sejak Ustaz Usman berpindah, sekolah tidak mempunyai ustaz. AlhamdulilLah sekarang telah ada seorang ustaz.
Ustaz Khairullah bin Anuar

Dari kanan: Encik Kharol Zamal (PK Koko), Encik Zulkifli Mat Siron (PK HEM)

             Perubahan pimpinan pentadbiran sekolah telah dibuat. Cikgu Razak Ishak telah bertukar ke Sk Sg. Selisek sebagai GPK HEM. Cikgu Norziah sekarang sebagai GPK Pentadbiran. Dua orang GPK yang baharu iaitu Cikgu Zulkifli Bin Siron dari SK Gedangsa telah menjawat GPK HEM dan Cikgu Kharol Zamal bin Husain dari SK Sri Kledang telah menjawat GPK KoKurikulum.
Tahniah kepada semua. Semoga SK Gesir Tengah akan lebih cemerlang dibawah kepimpinan GPK-GPK yang baharu.

Jasamu dikenang

SK GESIR TENGAH

Alamat : SK Gesir Tengah, 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tel / Faks : 05-454 3326

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama