Program Mesra Waris Tahun 6 2018

Pada hari Selasa, 6 Februari, jam 10.00 pagi, majlis di atas dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairullah. Kemudian diteruskan dengan pembentangan Penilaian Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) oleh Guru Besar. Cikgu Sobri meneruskan dengan program dan bajet aktiviti Tahun 6. Guru-guru mata pelajaran mengambil giliran selepas itu, Cikgu Sharifah (Bahasa Melayu), Cikgu Suzanariah (Bahasa Inggeris), Cikgu Mohd Ozua (Matematik) dan Cikgu Suhaila (Sains). Kehadiran ibubapa amat menggalakkan. Semoga segala perancangan yang dibuat untuk kegemilangan akademik murid-murid, dapat dilaksanakan dan mendapat keredhaanNya. Warga SKGT mengucapkan terima kasih kepada penyelaras program, Cikgu Sharifah dan semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih cikgu!

                                                      Pembentangan Program Tahun 6

                                                               Bacaan Ikrar Murid

                                                      Ibubapa yang turut hadir


Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama