Monday, May 14, 2018

Terima Kasih Arietans!!

Isnin, 14 Mei 2018, seramai 20 orang anak yatim dan murid miskin SK Gesir Tengah dan 24 orang anak yatim dan murid miskin serta 9 orang murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI - murid buta, pekak dan bisu) SK Kuala Kubu Bharu telah berpeluang membeli barang kelengkapan Hari Raya Aidil Fitri di Pasaraya Hari Hari Tanjong Malim. Semua murid telah membeli dua pasang baju baharu untuk sambutan Syawal nanti. Warga SKGT dan SKKKB mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan ARIETANS 8286 yang telah menaja pembelian barangan tersebut dan sumbangan barangan makanan untuk awal Ramadhan. Moga terus dimurahkan rezeki. Terima kasih.

















No comments: