Sabtu, 11 Ogos 2018, majlis perasmian Karnival Gegar Gesir telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor. YB telah hadir tepat jam 10 pagi, sempat meluangkan masa melawat pameran yang diadakan di Dewan Terbuka dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir. YB juga berkesempatan menjadi hakim pertandingan masakan yang bertemakan 'Masak Lemak Cili Api'. Terima kasih YB kerana sudi hadir dan memeriahkan lagi karnival ini. Terima Kasih Daun Keladi.