KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026
Program Merentas Desa SK Gesir Tengah Tahun 2026
23 Januari 2026 -Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah telah melaksanakan Program Merentas Desa Tahun 2026 yang berlangsung secara berperingkat bagi memastikan kelancaran dan keselamatan murid sepanjang aktiviti dijalankan.
Program ini dimulakan dengan Latihan Penyesuaian Trek 1 pada 14 Januari 2026, diikuti Latihan Merentas Desa pada 21 Januari 2026. Kemuncak program ialah Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2026 yang telah berjaya dilaksanakan pada 23 Januari 2026 dengan penyertaan murid Tahap 2.
Bagi memastikan penglibatan menyeluruh, murid Tahap 1 dan Prasekolah turut diberi peluang menyertai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Murid Tahap 1 dan Prasekolah telah terlibat dalam pertandingan mewarna semasa hari latihan merentas desa, manakala mereka juga menyertai aktiviti Fun Walk sempena Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Angkat Sekolah, En. Mohd Azam bin Muhamed Nasir serta Yang Dipertua PIBG yang sudi hadir dan seterusnya menjadi pegawai pelepas bagi kejohanan ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada AJK PIBG yang telah membantu sebagai pegawai bertugas sepanjang program berlangsung.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru yang telah bertugas menjaga check point, memastikan keselamatan murid serta melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama dan komitmen semua pihak amat dihargai dan menjadi faktor kejayaan penganjuran Program Merentas Desa Tahun 2026.