SEGEST FUN BOWLING 2026 – STRIKE TOGETHER, STRONGER!
Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah (SKGT) telah menganjurkan program SEGEST Fun Bowling 2026 pada 27 Oktober 2026 (Selasa), bertempat di UPSI Sports Bowl, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh ceria ini disertai oleh seluruh guru dan kakitangan SKGT. Turut memeriahkan acara ialah Pegawai Angkat Sekolah, En. Mohd Azam bin Muhamed Nasir serta dua orang bekas guru SKGT, Pn. Rosmahwati dan Ustaz Khairullah. Turut serta ialah guru pelatih IPG PBS, Cikgu Amiratul Najihah.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memberi peluang kepada warga sekolah untuk berehat seketika daripada rutin tugas harian sambil menikmati aktiviti riadah bersama-sama.
Sepanjang pertandingan, para peserta menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan sporting yang tinggi. Gelak tawa, sorakan serta aksi menarik di lorong bowling menjadikan program ini lebih meriah dan meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.
Kehadiran bekas guru turut menambahkan kemeriahan program, sekali gus membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan dan ikatan silaturahim warga SEGEST terus terpelihara walaupun tidak lagi bertugas bersama.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan mesra, semangat kekitaan dan keharmonian dalam kalangan keluarga besar SEGEST.
Strike Together, Stronger!
Bersama mengeratkan ukhuwah, bersama mencipta kenangan. SEGEST United!





