Gotong Royong PLKN TUBE 5.0

Selasa, 13 Mac 2018, SKGT menerima kunjungan daripada Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 tajaan SME Corp Malaysia yang sedang berkursus di PLKN GeoKosmo Gesir. Usahawan dari cetusan idea Perdana Menteri melalui Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) sedang melalui minggu pertama Modul PLKN, melalui program i-serve, menumpukan kerja komuniti di SK Gesir Tengah dengan membersihkan kelas dan mengecat kawasan sekolah. Warga SKGT mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan. Terima kasih.























Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama