KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 2025

 

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 / 2025




11 Oktober 2025 - Program Kem Bestari Solat Siri 2 telah diadakan bertempat di SK Gesir Tengah. Program yang melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 ini bertujuan memantapkan kefahaman dan kemahiran murid dalam pelaksanaan ibadah solat.

Sepanjang program berlangsung, murid mengikuti pelbagai slot menarik seperti ulangkaji dan praktikal wuduk, amali solat fardu, serta latihan kedudukan imam dan makmum dalam solat berjemaah. Murid Tahap 2 turut berpeluang melaksanakan solat Dhuha secara berjemaah di surau sekolah.

Kemuncak program menyaksikan persembahan Solat Jenazah oleh murid Tahun 6 perempuan, yang berjaya menarik perhatian para peserta dan guru. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Guru Besar SK Gesir Tengah serta penyampaian hadiah Sahsiah J-Qaf.

Secara keseluruhannya, Kem Bestari Solat Siri 2 berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif penganjuran dalam membentuk murid yang berilmu, berdisiplin dan menghayati tuntutan solat dalam kehidupan seharian.


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama