PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK GESIR TENGAH 2025
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Gesir Tengah 2025
24–25 Oktober 2025 | SK Gesir Tengah
25 Oktober 2025 -Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat sekolah SK Gesir Tengah telah berlangsung dengan jayanya pada 24 hingga 25 Oktober 2025. Seramai 54 orang murid Tahap 2 yang terdiri daripada ahli PPIM, Pengakap dan TKRS telah mengambil bahagian dalam program dua hari satu malam ini.
Perkhemahan ini turut disertai oleh semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran aktiviti. Sepanjang perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pemasangan khemah, pembinaan mini gajet, reka bentuk bendera kumpulan, memasak, bantu mula, malam muhasabah, unggun api, night walk serta explorace pandu arah. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan membina jati diri, semangat berpasukan dan ketahanan diri dalam kalangan murid.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak polis yang membantu menjalankan rondaan keselamatan sepanjang perkhemahan berlangsung. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga disampaikan kepada AJK PIBG atas sokongan kewangan dan tenaga kerja yang diberikan bagi menjayakan program ini.
BUKU PROGRAM-PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SKGT 2025
GALERI FOTO PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SKGT 2025

