PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD HULU SELANGOR 2026
Pada 4 Mei 2026, telah berlangsung majlis penyampaian sijil penyertaan kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Daerah Hulu Selangor 2026 yang telah diadakan pada 16 April 2026 di SJKC Bukit Tangga.
Pasukan bola tampar sekolah di bawah pengurusan En. Mohamad Izzat bin Marzuki telah menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Turut terlibat sebagai pegawai MSSD ialah Pn. Zafirah binti Rahmat dan Pn. Fadhilah binti Hanafi.
Seramai 12 orang murid telah menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan atas usaha dan penglibatan mereka dalam kejohanan tersebut, iaitu :
· Aqeeda Ashyuraa Binti Muhammad Azraq
· Areefah Asma Hannan Binti Ariffin
· Azriena Syazrien Binti Abdul Hakim
· Nawaltul Sofia Binti Sukurillah
· Nur Aishah Binti Muhammad Yusuf
· Nur Raqilla Qaireen Binti Razrulhafiz
· Nur Syazwani Inani Binti Khalid
· Nur Zara Nisya Binti Azizi
· Putri Aishah Safiya Binti Ahmad Rosli
· Nur Dhia Eydura Binti Muhamad Rizuwan
· Nuraisyah Syakilla Binti Muhamad Khairi
· Nurul Amalina Binti Muhamad Azroy Fazil
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang terlibat atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga pengalaman menyertai kejohanan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang sukan serta mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.
.png)