SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK GESIR TENGAH TAHUN 2026

 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK GESIR TENGAH TAHUN 2026



Pada 18 Mei 2026 (Isnin), SK Gesir Tengah telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dewan SK Gesir Tengah. Program yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) ini melibatkan semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya perarakan masuk guru dan AKP, bacaan perutusan serta ikrar Hari Guru, nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”, persembahan khas, majlis memotong kek, penyampaian anugerah guru, sukaneka dan aktiviti murid di dalam kelas.

Sambutan ini berjaya mewujudkan suasana yang meriah serta meningkatkan semangat kekitaan dan penghargaan terhadap jasa warga pendidik. Program turut mengeratkan hubungan antara guru, AKP dan seluruh warga sekolah. Diharapkan sambutan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh budaya kerja berpasukan dan kecemerlangan sekolah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama