PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW SIRI 2 /2026

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW

SK GESIR TENGAH & SK GEDANGSA

4 Julai 2026 (Sabtu) | 8.30 pagi – 11.00 pagi
Gelanggang Terbuka SK Gesir Tengah

Pada 4 Julai 2026 (Sabtu), telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Sepak Takraw antara SK Gesir Tengah dan SK Gedangsa bertempat di Gelanggang Terbuka SK Gesir Tengah.




Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan peluang kepada murid mendapatkan pengalaman pertandingan dalam suasana yang santai dan kompetitif, di samping mengeratkan hubungan serta semangat kesukanan antara kedua-dua buah sekolah.

Perlawanan turut mendapat sokongan daripada bekas murid SK Gesir Tengah yang hadir dan bersama-sama memeriahkan aktiviti pada hari tersebut. Kehadiran alumni sekolah ini bukan sahaja memberikan motivasi kepada murid, malah mencerminkan hubungan yang terus terjalin antara bekas murid dengan sekolah.





Program turut dibantu oleh YDP PIBG SK Gesir Tengah , En Ruslan bin Ngah Mat Daud ,yang bertindak sebagai jurulatih pada hari tersebut. Bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam membantu murid meningkatkan kemahiran serta keyakinan dalam permainan sepak takraw.






Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, jurulatih, bekas murid serta warga SK Gesir Tengah dan SK Gedangsa yang menjayakan perlawanan persahabatan ini.





Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk mencungkil bakat, membina keyakinan dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Sukan menyatukan, persahabatan mengeratkan!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama