PENYERTAAN PASUKAN SEPAK TAKRAW
KE KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD HULU SELANGOR TAHUN 2026
7 – 9 Julai 2026 | SK Rasa, Hulu Selangor
Pasukan Sepak Takraw SK Gesir Tengah telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2026 bertempat di SK Rasa.
Penyertaan ini melibatkan seramai 10 orang atlet yang telah membawa nama dan mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut. Para atlet telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
🏐 Barisan Atlet SK Gesir Tengah
- Muhammad Zikrie Zafran bin Ruslan
- Muhammad Aqil bin Ansah Rizal
- Muhammad Fahim Aryan bin Khairul Azhar
- Muhammad Nazmi bin Ridzwan
- Muhammad Khairraiyan Darwisy bin Khairil Faiezi
- Amir Saifullah bin Mohd Yusman
- Muhammad Ammar Rayyan bin Hafizzie Zul Hairy
- Muhammad Zikir Rahmat bin Mohd Mazri
- Muhammad Rayyan Rykarl bin Abdullah
- Putra Aisy Imran bin Amir
Pasukan ini dibimbing oleh En. Mohamad Izzat bin Marzuki selaku Jurulatih Pasukan, manakala En. Mohd Uzaini bin Mat Jusoh bertindak sebagai Pengurus Pasukan.
Muhammad Zikrie Zafran bin Ruslan juga telah terpilih untuk menyertai Kem Pemilihan yang berlangsung pada 14 dan 15 Julai 2026. Semoga peluang ini menjadi pengalaman berharga serta membuka ruang untuk beliau terus mengembangkan bakat dalam sukan sepak takraw.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan pengurus pasukan atas komitmen serta usaha yang telah dicurahkan.
Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman bermakna kepada para atlet dan menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama SK Gesir Tengah dalam bidang sukan.
Tahniah Pasukan Sepak Takraw SK Gesir Tengah! 🏐👏