SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK GESIR TENGAH 2026
23 Oktober 2026 (Jumaat)
Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak Tahun 2026 pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) dengan penuh meriah dan ceria.
Sambutan yang bertemakan “Kanak-kanak Hari Ini, Pemimpin Masa Depan” ini bertujuan meraikan murid-murid sebagai insan yang berharga serta memberikan ruang kepada mereka untuk bergembira, menyerlahkan bakat dan mencipta kenangan manis bersama warga sekolah.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya Sambutan Hari Lahir, Cabutan Bertuah, Pertandingan SEGEST Got Talent, Persembahan Nyanyian, pemberian aiskrim serta persembahan istimewa Yaya Show.
Murid-murid turut memeriahkan suasana dengan mengenakan pakaian mengikut tema pilihan masing-masing. Pelbagai gelagat dan penampilan kreatif murid menambahkan lagi keceriaan sepanjang program berlangsung.
Semoga sambutan ini menjadi kenangan indah buat semua murid dan terus menyemarakkan semangat untuk membina generasi SEGEST yang ceria, berkeyakinan dan cemerlang.
Bersama Kita Membina Generasi Ceria dan Cemerlang!
![]() |
| Sebahagian murid dengan costume masing-masing. |
![]() |
| Guru-guru dan AKP |
![]() |
| Gambar kelas |
![]() |
| Peserta dan pemenang persembahan Hari Kanak-kanak |
![]() |
| Sambutan Hari Lahir (Julai-Disember) |
![]() |
| Sambutan Hari Lahir (Julai-Disember) |
![]() |
| Persembahan Yaya Show |
![]() |
| Kek Sambutan Hari Lahir |












