Friendly Match 3 Penjuru

Satu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Bwh 12 Tahun telah diadakan pada 20 Mac 2013. Perlawanan persahabatan ini disertai pasukan dari SK Gedangsa, SK Gesir Tengah dan SK Sg. Selisek. Program yang diadakan setiap tahun sejak 3 tahun kebelakangan ini diteruskan lagi bagi menyiapkan pasukan Bola Sepak bawah 12 Tahun sekolah masing-masing untuk Kejohanan Bola Sepak bawah 12 Tahun MSSD Hulu Selangor yang akan diadakan pada 8-9 April 2013.

Bagi pihak SK Gesir Tengah dan SK Sg. Selisek, mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah, SK Gedangsa kerana menyediakan padang, air minuman untuk pasukan pelawat. Terima kasih kpd En. Mohd Salleh bin Mislam, SU Sukan SK Gedangsa kerana berpenat lelah menyiapkan padang dan air minuman. Juga kpd Guru Besar dan GPK Kokurikulum SK Gedangsa yg membenarkan padang tersebut diguna pakai untuk perlawanan persahabatan tersebut.

Jutaan terima kasih kpd guru-guru yang ikhlas dan komited yg membantu dalam hal ehwal perjalanan pergi dan pulang untuk perlawanan persahabatan ini. Antaranya guru-guru tersebut ialah: En. Nazrol bin Jamaludin, En. Badrulisham bin Mohd Ibrahim, En. Ahmad Zaharudin bin Amin, En. Sobri bin Che Pak, En.Mohd Uzaini bin Mat Jusoh & En. Razak bin Ishak (GPK Kokurikulum). Semoga Allah jua membalas kebaikan saudara semua. InsyaAllah.









Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama