InsyaAllah bermula hari Rabu 10 Julai 2013 umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Bersamalah kita menggunakan ruang dan peluang yang Allah telah berikan kepada kita untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan mempertingkatkan amal ibadat dan amal jariah kita.
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan,
dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala
syaitan."
Jauhilah segala amalan dan kepercayaan yang tidak bersandarkan kepada Rasul saw dan Al-Quran.
Marilah kita mencari malam al-Qadar kerana sesiapa yang beribadat pada malam tersebut seolah-olah dia beribadat selama seribu bulan.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan
Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang
lalu."
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM