Pertandingan Deklamasi Puisi SR Daerah Hulu Selangor 2018

Isnin, 23 April 2018, SKGT telah menjadi tuan rumah Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2018. Sebanyak 19 buah sekolah telah menyertai acara Deklamasi Sajak dan 17 buah sekolah menyertai acara Syair. Peserta SKGT, Amirul Irfan telah muncul sebagai pemenang acara Deklamasi Sajak buat tahun kedua berturut-turut, sementara Fazlin Umairah telah merangkul tempat ketiga acara Deklamasi Syair. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Azaharuddin yang mewakili Tuan Pegawai PPD. Warga SKGT mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini. Tahniah dan Terima Kasih.














Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama