Perkhemahan Perdana Unit Uniform 2019



        Tarikh     : 26 dan 27  April 2019
        Hari        : Jumaat dan Sabtu
        Tempat   : SK Gesir Tengah.






Sek Gesir Tengah sekali lagi melaksanakan program  Perkhemahan Perdana Bagi sesi 2019.
Berlainan dengan tahun yang lalu satu kelainan  aktiviti
Jaringan aktiviti bersama
Pelajar UPSI daripada Unit Bahasa.
Sangat bermanfaat kepada murid-murid SKGT ,olahan aktiviti dan
 kesungguhan Fasilitator yang  diketuai oleh Norzakwan Azzaim b Ibrahim
memberi impak yang sangat positif ,murid-murid sangat seronok dan
dapat merasai suasana perkhemahan yang sebenar.

           

Murid-murid dipantau oleh guru memasang khemah bersama
kumpulan masing-masing.




Tunggak utama..menjadi tulang belakang setiap program sekolah.
Maklumlah sekolah yang tidak ramai guru lelaki terpaksalah berkorban
demi menjayakan sesuatu program.Penat tak boleh dihitung dengan jari segalanya 
demi anak -anak Gesir Tengah.




Cuaca tidak menentu......murid -murid sangat kecewa kerana khemah 
mereka dibolosi air.




Suai kenal bersama Ketua  Fasilitator daripada UPSI.



Murid bersemangat untuk terus mengikuti program.



Bergambar kenangan bersama Tuan Guru Besar sebelum aktiviti dilaksanakan.



Ice Breaking


















Hujan mencurah-curah menyebabkan satu aktiviti  Treasure Hunt terpaksa dibatalkan.
Namun kreativiti Fasilitator daripada UPSI mempelbagaikan aktiviti
sangat menarik minat murid.





 Makan Malam
















Murid-murid mendengar tazkirah selepas waktu maghrib.



Persediaan untuk camp fire






Memang sangat seronok...dan sangat berjaya.



Persediaan untuk BBQ sponser oleh PIBG SKGT.







YDP PIBG Raja Zaidi ,Saiful,Kak Mah dan Lin membantu
menyediakan BBQ untuk anak -anak.



Selepas aktiviti Malam Kebudayaan
 murid-murid dihidangkan dengan BBQ.
Happy sangat mereka....



Night Walk

Aktiviti yang ditakuti oleh murid-murid kalau boleh lari...
mereka lari....opsss terpaksa jua melaluinya dalam sendu
Pengalaman yang tak akan dapat diulang semula,,,,,.





Takut betul anak-anak ni.......tak tahulah apa 
dalam kotak fikiran mereka.
Selepas aktiviti Night Walk suasana sunyi dan sepi.
Semua zzzzzzzzz kepenatan tiada satu suarapun......
Hujan mencurah ke bumi.....semula...............



Walaupun hujan masih renyai......murid-murid  terus 
terpanggil untuk  solat subuh berjemaah dan mendengar
tazkirah subuh.









Fasilitator mengetuai senamrobik.



Cuaca merestui  .........program diteruskan  dengan program
akhir.....iaitu Ikhtiar Hidup.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sanggup mencari kayu api,buluh 
murid-murid yang sanggup menggusung ranting-ranting
kecil untuk menjayakan program ikhtiar hidup.






SK Gesir ada menternak ayam sendiri.Semuani hasil usaha
 cikgu  Adham.Jadi proses pelaksanaan ikhtiar hidup
dikongsikan hari ini memasak Ayam di dalam buluh  bersama
sayur-sayur terpilih.Resepi ini adalah diilhamkan oleh
Cikgu  Latiffah................





Tu dia......ayam dan buluh....
Fikir camna nak masak nasi guna buluh.
Nak masak ayam guna buluh...............
Masak ...................



Cikgu memantau aktiviti murid.






Cikgupun nak rasa gak nasi buluh dan ayam buluh
Jadi buat sendirilah.....
Macam sedap aja............





Resepi : Manuk Pasuh dari Sarawak.....
Memang sedap......................
Tak puas makan lain kali buat lagi.



Akhirnya
















Lumrah Alam setiap yang bermula akan berakhir.
Setelah dua hari menjalani aktiviti perkhemahan kini sampailah
ke acara penutup.



Majlis dimulakan dengan kata aluan pengacara Majlis dan bacaan Doa.



Ucapan Guru Besar seterusnya merasmikan majlis penutup.

 
Penyampaian sijil dan hadiah kepada Fasilitatot
tanda ucapan pihak sekolah atas Khidmat Bakti yang diberikan.



Aktiviti diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah
kumpulan terbaik.


                                                   Bergambar Kenangan sebelum peserta bersurai.


Terima Kasih 
Tuan Abdullah b Yusof  
Pensyarah Fakulti Bahasa yang memberi laluan kepada
 barisan  Fasilitator UPSI untuk  bersama memeriahkan dan menjayakan
Perkhemahan 2019. 
                              Puan Aniza bt Mohd Ehsa sebagai Penyelaras Program, 
                   En Mohd Ozua b Yusof & Ustaz Khairullah 
sebagai Kem Komanden bersama ,
Puan Suzanariah bt Shamsuddin Pen.Kem Komanden,
Warga SKGT ,Barisan PIBG dan ibu bapa yang menyumbang.

Semoga berjumpa lagi.

"SEKOLAH KITA GEMILANG TERBILANG".

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama