11 Ogos 2025 -Perhimpunan Bulanan Kokurikulum untuk bulan Ogos 2025 telah berjaya dijalankan. Perhimpunan bulanan ini telah dikendalikan oleh unit PPIM dengan bimbingan Puan Zafirah binti Rahmat. Unit PPIM diketuai oleh adik Siti Noorkamelia binti Ahmad Zaki Hamidi selaku juruacara perhimpunan. Dua orang ahli daripada setiap unit dipilih untuk menerima saguhati bagi pakaian terbaik.