PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN & SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD HULU SELANGOR 2026🏅

 🏅 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN & SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD HULU SELANGOR 2026 🏐

24 Julai 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw SK Gesir Tengah atas penyertaan dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor 2026 yang telah berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2026 bertempat di SK Rasa.




Seramai 10 orang atlet telah mewakili SK Gesir Tengah dalam kejohanan tersebut. Penyampaian sijil penyertaan telah diadakan pada 24 Julai 2026 sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kesungguhan dan semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh para atlet.

Pasukan ini dibimbing oleh En. Mohamad Izzat bin Marzuki selaku Jurulatih Pasukan dan En. Mohd Uzaini bin Mat Jusoh selaku Pengurus Pasukan.




Setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet atas usaha dan keberanian membawa nama SK Gesir Tengah ke peringkat daerah. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih, meningkatkan kemahiran dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. 💪🏐

Syabas Pasukan Sepak Takraw SK Gesir Tengah! 👏🎉

#SKGesirTengah #SepakTakraw #MSSDHuluSelangor #Kokurikulum #Sukan #SEGEST

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama