PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU SELANGOR 2026

 PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU SELANGOR 2026 

24 Julai 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 15 orang atlet SK Gesir Tengah yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 17 Julai 2026 bertempat di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu dan SMK Kuala Kubu Bharu.

Sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kesungguhan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan, Sijil Penyertaan telah disampaikan kepada para atlet pada 24 Julai 2026.




Penyertaan ini tidak akan terlaksana tanpa bimbingan dan komitmen barisan jurulatih serta guru pengiring:

👟 Cik Nur Ili ‘Aisyah binti Abd Rashid
👟 Cik Nurfarah Adrina binti Habib
👟 En. Mohamad Izzat bin Marzuki
👟 Pn. Mahfuzah binti Mahmud

Penglibatan dalam kejohanan peringkat daerah ini memberikan pengalaman berharga kepada para atlet untuk menguji kemampuan, membina keyakinan serta memupuk nilai disiplin, daya juang dan semangat berpasukan.











Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atlet dan guru yang terlibat. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang olahraga pada masa akan datang. 💪🏃‍♀️🏃‍♂️

Syabas Atlet Olahraga SK Gesir Tengah! 👏🏅

#SKGesirTengah #Olahraga #MSSDHuluSelangor #Kokurikulum #Sukan #SEGEST

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama